Pusat Pengajian Pondok ini diasaskan bersama oleh Al-Marhum Tuan Guru Haji Mustafa bin Haji Abu Bakar dan adiknya Tuan Guru Haji Abdul Aziz pada tahun 1954 dengan dibantu oleh ipar mereka Tuan Guru Hj Hashim bin Hj Abu Bakar. Setelah kematian kedua-dua tuan guru tersebut maka tugas pentadbiran diteruskan oleh Tuan Guru Hj Hashim sehingga hari ini dengan mengekalkan cara pengajian tradisional
2. LOKASI
Ia terletak kira-kira 11 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu dan 1 kilometer dari jalan utama Kota Bharu - Pasir Puteh disamping ia terletak berhampiran dengan kawasan perumahan Desa Darul Naim, Pasir Tumboh serta beberapa pusat pengajian yang lain seperti SMU Taqaddum al-Maarif dan mini MRSM Pasir Tumboh.
3. KELUASAN DAN PENEMPATAN
Ia merangkumi kawasan seluas 40 ekar dengan tanah wakaf milik madrasah seluas ¾ ekar manakala selebihnya milik persendirian. Ia menampung lebih kurang 800 unit rumah dan pondok di mana ia terbahagi kepada beberapa kawasan yang merangkumi :
a. Rumah Tuan Guru, tenaga pengajar dan keluarga
b. Pondok orang-orang tua
c. Pondok pelajar lelaki
d. Pondok pelajar perempuan
e. Pondok keluarga
f. Pejabat pentadbiran
g. Masjid dan surau-surau untuk pengajian
h. Tanah perkuburan Islam
4. KOMUNITI PENDUDUK
Madrasah ini mempunyai jumlah bilangan penduduknya seramai 1300 orang sebagaimana maklumat di bawah :
a. 700 orang penduduk termasuk guru dan keluarga serta orang tua dan kelamin
b. 500 orang pelajar lelaki
c. 100 orang pelajar perempuan
| ALAMAT SURAT MENYURAT |
| MADRASAH DINIAH BAKRIAH Pondok Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu, Kelantan. Tel : ![]() ![]() |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan